Tuesday 24 March 2009

Jemputan Kawin

Bahawasanya warga pumpido dijemput hadir ke perkahwinan Norisham (Senon) & Eeza pada

1. 11 April 2009, Sabtu, No. 31 Lorong Sri Sementa 5, Taman Sri Sementa.

2. 12 April, 2009, Ahad, No. 85 Jalan 4/1 Serdang Jaya.
Nikah kompem hari Jumaat tu 10 hb, di Klang.

Datanglah beramai2... oyeah!

Thursday 19 March 2009

semakan PTPTN

Bagi sesiapa yang belom membuat bayaran PTPTN, anda dinasihatkan untuk membuat pembayaran untuk menggelakkan kena tindakan mahkamah. Anda boleh menyemak penyata PTPN anda secara online di
http://epay.ptptn.gov.my/loan/ptptnlogin.jsp

link semakan nama yang tak pernah bayar satu sen pun kat PTPN
http://eform.ptptn.gov.my:8080/PortalXS/login.cfm

Anda jugak boleh membayar secara online guna perkhidmatan banking yang disediakan terus melalui link diberi.

Sunday 1 March 2009

Idea

Untuk memantapkan posting pumpido yang sentiasa hapdated, aku ingin mengesorkan agar pumpido boleh membuat posting yang berkaitan dengan kegiatan harian anda & famili anda atau apa2 sahaja. Sebagai contoh yang paling mudah, ambil gambar anda sekeluarga (spt Mr. Klope dan babynya). Contoh lain seperti gambar awek Diley atau awek Tengkok dan pasangan masing2... (ye lah, mana tau kalo terjumpa kat mana2 boleh la kengkawan bertegur sapa).

kalo boleh ada gambar berikut lagi bagus
-Aki & famili
-Barai & famili
-Ali & famili
-Norman & famili
-Ijol & famili
-Adi & famili
-Rahim & famili
-Rakan sebaya Ijad & famili (aku lupa namanya).

Contoh lain yang boleh dibuat adalah spt pengumuman spt memerlukan volenteer F1, pengumuman outsation, dsb... Ini bertujuan untuk mendapatkan informasi2 terkini dikalangan pumpido.

emailkan gambo/matlumat anda ke saffaridha@gmail.com atau rgiop@yahoo.com. Oh ya, jgn lupa letak nama anak anda sekali (bagi yang ada anak) atau tajuk posting anda. Posting akan disiarkan selepas itu.

"nama gua claudio lopez"

Seorang ahli pumpido yang tidak dikenali ramai & yang hampir sahaja dilupakan namanya ataupun buat2 lupa sudah bermastautin jauh di planet Marikh. Tidak lain tidak bukan Mr. Klope (jgn mare, joke only).

Berikut merupakan email yang aku copy-pastekan untuk tatapan pumpido;

waa lama gua xdgr cite ttg bebudak..gua ingat dah lost contact wei korg skang main kt kajang ek..patutla aritu gua g sport planet xde org..gua dok tunggu sorg2..nama ahli pumpido gua klope a.k.a claudio lopez..memegang no ahli pumpido 0080(ikut no jersey)alamat blogspot ni pun ijat yg bg kat gua..tarus gua balik bkk laman web ni..sorila bro sibuk skit skang..almaklumla anak dah 2..bini 1 lagi..so I ve 2work hard 2bring food on da table..skang gua mgajar kt dsara..umah gua kt kota dsara..paya kalo bleh ko siarkan emel ni nukilan gua ntk tatapan kengkawan..once Ive known da email address ni byk lg post2 yg gua antaq untuk kengkawan gua akan menjadi pengunjung tetap laman sesawang ni..gua juga berminat untuk menyertai apa jua aktiviti pumpido..gua juga berharap dapat mnyumbag tenaga kepakaran serta pengalaman memandang gua merupakan pengerusi kelab kebajikan guru dsek gua(setelah kena dajal oleh 120org ckgu)ni ado gambar ank2 gua apapal korang layan dulu..
Klope dan Klope Jr.
2nd baby boy (?) born. Uihh, comeiinya...

Klope semasa mudanya merupakan jaguh bola sepak yang dikenali semasa di bangku sekolah. Berbakat besar dalam posisi tengah & apabila menggelecek bola, sukar ditandingi oleh sesiapa. Tu kisah mudo2 dulu ler, skang nih aku rasa 5 minit main dah sengal badan...

Aku dan team pumpido mendoakan agar Mr. Klope sekeluarga sihat sejahtera dan aman sentosa.

Orait tu sahaja berita pada kali ini. Komen anda dialu2kan. Tq.


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Energy Industry. Powered by Blogger