Monday 21 July 2008

Sejarah awal Pumpido Futsal Team (PFT) Part II

Merujuk kepada kenyataan aku di Part I, En. Labard telah memberi sedikit penerangan tentang Pumpido menerusi komen dia:
"aloo paya.. ni aku info sikit pasal pumpido.. info ni aku dpt setelah aku jumpa borang keahlian yg aku try buat dulu.. PFT ditubuhkan secara suka2 (belum rasmi) sekitar tahun 2003.. time tu macam2 name yg kitorg pakai, contohnyer.. mmmm.. tak igat plak.. nnt aku tanyer bebdk lain.. antara tournament yg terawal kitorg masuk ialah Uitm futsal 5's shah alam, mayor cup 03.. kitorg jadi champion.. hehehe.. tapi PLATE DIVISION je.. pastu dari situ timbul idea nk cipta satu nama kekal.. PUMPIDO ni boleh ler dikatakan secara resmi ditubuhkan pada 10 febuary 2004.. jumlah ahli mase tu ade 35 org.. name pumpido ni plak ilham encik amat (dapat mase meeting kat mau lama) pastu logo oleh encik adili.. sejak drpd tu byk ler tournament n league yg kitorg masuk.. pencapaian paling membanggakan, cabaran liga lotto kat aktif futsal bangi, tempat ke 4 drpd 158 team.. hehe.. yg lain2 tu biasenyer sampai second round ngan quater... jarang sgt ler kalah mase first round.. ok paya.. kot ade lagi nnt aku update... klu salah info pun nnt aku update jugak yer.. salam.." -Labard

Sunday 20 July 2008

Tak dapat main pasal buat menda nih

Buat Pumpido, sori ler aku terkata 'ya' tapi tak datang. Memang nak main tapi aku berada di rumah Farid Alfian. So kepada kengkawan yang mengenali dia nih (mak dia bekas Cikgu di SMKSS), anda dijemput hadir ke perkahwinan dia pada 9 hb 8 di Presint 8, Putrajaya. Kad jemputan warganegara Pumpido ada pada aku.

Buat Labard & Bad, kalo korang nak wat pre-wedding (gambil gambar sebelum wedding) mcm diorg, no problem. Kita boleh buat satu sesi selepas Raya.

Buat warga Pumpido, kita pun boleh buat sesi bergambar 'PUMPIDO, PUMPIDAH DAN PUMPKIDS' dimuatkan dalam satu album. FREE! aku tak kenakan sebarang charge. Produk dia adalah sebuah album keluarga Pumpido kenang-kenangan. Tang album tu kena bayar la...

Saturday 19 July 2008

Sejarah awal Pumpido Futsal Team (PFT) Part I

Pumpido Futsal Team (PFT) sebenarnya dah lama ditubuhkan. Aku pun tak pasti bila tarikh sebenarnya, siapa punya angkara yang memberi nama. Tapi seingat aku pada tahun 2004 aku baru join into the club setelah KRS terkubur. Aku boleh assumed umur PFT pada ketika ini adalah sekitar 5-6 tahun. Futsal selalu diadakan setiap malam minggu pada pukul 11.00 mlm di Sport Planet Subang.

Era kegemilangan PFT bermula pada sekitar tahun 2002-2005. Ketika itu ada beberapa kali Pumpido menyertai perlawanan futsal & friendly match. Mengikut tilikan aku, tak pernah jadi juara, ada sekali kot yang naib juara. Aku pernah bermain tournament sebagai goalkeeper. Dan of course la kalah...

Dahulunya penyertaan dari geng-geng rakan sebaya masing2 (lahir 79-81an) amat menggalakkan. Sehinggakan ada perlawanan liga diantara kumpulan. Pada ketika itu, ada 20-27 members yang boleh membina sehingga 4-5 kumpulan. Memang meriah.

Dan kini, PFT masih ada, cumanya geng2 rakan sebaya jarang sekali bermain futsal oleh sebab kebanyakkannya mereka sudah berumah tangga. Yang tinggal, geng2 rakan sebaya aku, tu pun aku boleh bajet tahun depan habiss.... masing2 dah nak kawin. Ada jugak Pumpidos yang masih memberi komitmen pada diri sendiri untuk kekal cergas... tu pun kedatangan Pumpidos amat tidak memuaskan. Tahap kritikal apabila goalkeeper cuti.

Walaubagaimanapun, kedatangan rakan2 baru dalam Pumpido akhirnya dapat memberi nafas baru kepada PFT. Sekurang2nya ada 3 team setiap minggu. Buleh la main suka2, gelak2 memeluhkan badan di malam minggu... Tetapi adalah Pumpido akan terkubur jugak?

Sebenarnya Pumpido masih lagi releven. Tunggu dan lihat apabila ada dikalangan Pumpidos yang datang untuk nak berpeluh, sebab penyakit dah datang...

Pumpido memang tidak lagi seaktif dulu, tetapi bagi aku gelanggang futsal bukan sahaja untuk beriadah tetapi adalah tempat untuk kalangan kengkawan untuk bersosial, bertanya khabar berita. Nak join badminton dengan diorg pun aku selalu balik lewat, nak main kat padang pun tak sempat2... apetah lagi nak jump diorang sarapan kat kedai mamak.

Japan GT 2008

Tahun ni tiada ofis untuk membuta.

Wednesday 16 July 2008

Gambar lama





Tuesday 15 July 2008

Muka penat



Monday 14 July 2008

Next assignment

Gambar futsal lama2 yg aku ada amik akan diuploadkan untuk tatapan anda semua... begitu jugak gambar GT, GP, F1... humang...

stay tune!!!

Okeh, futsal minggu nih aku nak amik gambar potrait sorang2...

Kerja sama anda amat dihargai...

Buat malu orang mesia

Kalo ko berdiri kat atas bola tu ko tetap pendek gak tengkok!

Anak sapo la ni?

Lar, tunjuk perut...

Budak gemok sapo la duduk kat depan tu...

Ko buat pe tu dili? Ajar cmne nak duduk antara sujud ke?

Har har Ijad... baru nampak gigi...

Setting baik punyo! Ijad jangan pandang belakang!

Ni baru jadi

Ape kejadah candid camni?

Friendsssss...... (aku tak tahu pulak kena wat camtu)

Pumpido blog online

Welkam tu blog pumpido!

Di sini aku akan menguploadkan gambar ahli2 pumpido yang masih setia bermain futsal pada malam minggu.


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Energy Industry. Powered by Blogger