Satu2nya gambar potrait arwah Alir yang sempat diambil oleh aku di Sport Planet, Subang 5 hari sebelum pemergiannya. Futsal tersebut dibatalkan.
Halil, atau lebih dikenali sebagai Alir (adiknya Azwan@Pocot@Alur) telah kembali ke rahmatullah pada pagi raya pertama. Menurut Ijad, sakit jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh & solehah. Al-Fatihah untuk beliau.Walaupun aku & mungkin juga rakan2 tidak mengenali dia dengan lebih rapat, semua kengkawan boleh bersetuju yang dia merupakan seorang yang konsisten, berkomitmen, bersemangat dalam futsal. Boleh dikatakan setiap minggu dia pasti datang, tak miss lah... yelah, takde dia, takde lah goal keeper...
update 8/10/08: Full story here
8 comments:
aku setuju dgn paya..
arwah adalah seorang yg amat komited pd futsal team kita.. sgt jarang beliau miss aktiviti futsal mlm minggu.. malah adakalanya sampai hanya beliau seorg saja yg muncul apabila kwn2 yg lain tidak dpt menghadirkan diri..
satu perkara lg.. belau juga adalah seorg yg amat mengikuti rapat perkembangan bola sepak tanah air dan antarabangsa.. aku kalau nak tnya apa2 perkembangan terkini psl bola mmg aku tanya beliau..
walaupun beliau x byk ckp mcm aku n kengkawan yg lain.. belaiu x penah menyakiti atau mengguris hati kita..
aku bersyukur kerana telah diberi kesempatan utk mengenali insan sepertinya..
segala jasa baik dan budi pekerti arwah akan tetap dikenang..
Al-Fatihah...
semoga roh arwah akan dicucuri rahmat.. Amin..
ikhlas dr kwn mu..
norman-11
walaupun tak kenal rapat, tapi aku rase sedih sgt pasal kehilangan rakan seposisi aku.....
Al-Fatihah buat arwah......
Semoga rohnya dicucuri rahmat........Amin.........
-Labart-
deepest sorry & condolence to alur & family over the loss...
semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas roh arwah...alfatihah
-adi alhadi-
terima kasih semua...sy dan keluarga mengucapkan byk2 terima kasih pada anda semua..
Farra@ena - kakak Ahmad Khalil
http://ayusolo.blogspot.com/
Al-Fatihah
baru tahu hari ni..kalau x tangan aku gatal nak bukak blog ni..sampai next futsal la agaknya baru aku tahu..hampeh korang x bg. tahu..
mmg. terkejut...aku selalu sampai awal kat sports planet..org. pertama kalau x aku mesti si Arwah ni la..sedih..mmg. sedih...
-org tua (arin)-
aku sampai sekarang macam tak
percaya je dia dah meninggal...
sedih beb....
takziah buat keluar alir...
"Selamat Hari Raya" adalah sms terakhir Arwah kepada aku pada mlm raya. Tak sangka dia pergi buat selamanya keesokkannya.
Takziah wat kluarga alur...
Aku terkejut dengan berita ni. Arwah xpernah tunjuk kat kita yang beliau ada sakit. Apa pun aku seronok dapat berkawan ngan arwah.
Al-Fatihah wat arwah. Semoga roh dicucuri rahmat.
Post a Comment